Terutama sekali, MMA mengalu-alukan kenyataan Tan Sri DG, tentang wabak denggi yang begitu lama berlaku di Malaysia. Kesedaran atas kesan-kesan buruk penyakit denggi harus dipertinggikan lagi kepada lebih orang doktor dan juga kepada orang ramai. Semua doktor di Malaysia harus berwaspada tentang diagnosi dan rawatan penyakit denggi.
Doktor-doktor di Malaysia dalam kalangan swasta, mahupun sektor awam, juga tidak puas hati tentang wabak denggi ini yang belum lagi dikawal. Epidemik denggi ini merebak tanpa dasar kawalan serius oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab—tiada polisi yang menyeluruh atau dikoordinasikan untuk mencegah wabak denggi ini yang kian hari kian melampau.
Walaupun orang ramai dan pihak berkenaan agak sedar tentang pembiakan nyamuk Aedes, tetapi tindakan yang diambil sehingga ini belum lagi memuaskan dan konsep membanteras penyakit denggi ini kukuh gagal.
Kita semua mesti berganding bahu dan berkerjasama dengan sikap yang lebih berkomitmen. Kita harus ingat bahawa nyamuk merupakan satu serangga, satu penghuni dunia atas bumi kita sejak era prasejarah, dan nyamuk tidak senang dihapuskan.
Penyakit denggi juga bukan satu penyakit yang senang dikenalpasti dengan simptom-simptom yang tepat, terutamanya pada tempoh awal penjangkitan. Demam, sakit sendi, ruam kulit, adalah antara simptom-simptom yang banyak dikenali dengan penyakit-penyakit virus yang lain, seperti selesema.
Tak akan semua pesakit diuji untuk mengenalpasti tepat penyakit-penyakit virus yang begitu banyak! Strategi begini memang tidak kos efektif atau berjustifikasi. Kebanyakan demam virus adalah membatasi diri dan akan pulih dengan rawatan bantuan am sahaja, dalam tempoh masa 3 hari hingga seminggu dua.
Walau bagaimanapun, demam denggi harus disyaki sebagai satu diagnosi. Meskipun demikian, kadangkala pesakit tidak bersetuju diuji untuk penyakit ini—ujian tersebut merupakan satu perbelanjaan yang tidak sanggup dibiayai oleh setiap pesakit. Ujian hanya dibuat sekiranya doktor berpendapat bahawa indeks syakian agak tinggi, dan dapat memujuk pesakit itu agar kepentingan diagnosi yang tepat.
MMA diberitahu juga masalah yang lain. Ada juga pesakit yang tukar doktor dengan sia-sia sahaja, apabila demam atau penyakit tidak beransur baik dalam tempoh masa sehari dua. Oleh itu, terdapat pesakit yang akhirnya menjadi sakit tenat dan dimasukkan ke hospital sebagai tindakan muktamad.
Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan bahawa sesetengah pesakit gagal dikenalpasti menghidap demam denggi, pada awal-awalnya. Jika dikehendaki semua kes demam biasa diuji dengan teliti, hal ini akan meningkatkan kos-kos rawatan perubatan yang sudah naik.
Ini tidak bermaksud bahawa doktor klinik swasta kurang cekap, bersikap cuai, atau tidak bertanggungjawab semasa membuat diagnosi. Ini pun tidak bermaksud bahawa sesiapa doktor yang gagal membuat diagnosi yang tepat, tidak berprofessionalisme. Hal ini tidak bertentangan dengan keuntungan sendiri atau ketidaktanggungjawaban sosial. Faktor-faktor sosial dan realiti keras yang mendesak keputusan, kadang-kadang menyedihkan.
Janganlah menyelar doktor oleh sebab pesakit menhidapi atau meninggal akibat demam denggi—bukanlah doktor yang membangkit penyakit ini. Kecuaian alam sekitar dan pembiakan nyamuk yang sebenarnya punca epidemik denggi yang belum diatasi selama-lama ini.
Walau bagaimanapun, MMA bersetuju dengan dan menyokong Kementerian Kesihatan atas tindakan-tindakan yang diambil untuk memupuk notifikasi demam denggi dengan lebih awal dan cekap.
Semua doktor, mahupun dalam kalangan swasta atau awam, digalakkan meningkatkan usaha kecekapan rawatan perubatan dan indeks kecurigaan, memberi rawatan dan notifikasi awal yang boleh menyelamatkan nyawa.
Notifikasi penyakit jangkitan boleh dinaiktarafkan dengan menggunakan internet, iaitu dengan laman web e-notifikasi jika kemudahan ini terdapat di Kementerian Kesihatan. Penangkapan data yang lebih canggih boleh mempercepatkan tindakan dan siasatan Kementerian Kesihatan, dan menurunkan tahap pembiakan demam denggi.
Akhirnya, yang mustahak sekali adalah wabak denggi ini harus dicegah dengan usaha-usaha yang meliputi polisi pencegahan yang secukup matang dan komprehensif.
Dr David KL Quek
Presiden MMA
Utusan has published part of my comments Utusan 13 Jun 2009):
http://www.utusan.com.my/
Sikap manusia punca gagal basmi denggi
KUALA LUMPUR 12 Jun - Sikap pesakit yang sering bertukar-tukar doktor ketika mengalami demam adalah salah satu punca kegagalan Kementerian Kesihatan untuk membasmi demam denggi di negara ini.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMS), Dr. David Quek berkata, sikap sebegitu menyebabkan para doktor gagal mengenal pasti wabak tersebut pada peringkat awal.
Katanya, demam atau penyakit tidak akan sembuh dalam tempoh sehari dua, maka pesakit perlu mengikuti beberapa rawatan dengan doktor yang sama sebelum sembuh atau mengenal pasti virus denggi tersebut.
''Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan para doktor dengan menyifatkan mereka kurang cekap, bersikap cuai atau tidak bertanggungjawab semasa membuat diagnosis.
''Janganlah menyelar doktor jika pesakit menghidap atau meninggal dunia akibat demam denggi. Kecuaian alam sekitar dan pembiakan nyamuk adalah punca yang tidak dapat diatasi sejak sekian lama,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kesal dengan kegagalan doktor-doktor terlatih mengesan simptom awal denggi di kalangan pesakit sehingga menyebabkan 50 peratus daripada mereka meninggal dunia.
Dalam pada itu, Dr. David juga mengakui penyakit denggi sukar dikenal pasti dengan simptom yang tepat terutamanya pada tempoh awal jangkitan.
''Ini kerana demam, sakit sendi, ruam kulit, adalah antara simptom yang banyak dikaitkan dengan penyakit virus lain seperti selesema,'' jelasnya.
Bagaimanapun, kata beliau, MMA setuju dengan usaha Kementerian Kesihatan atas tindakan yang bakal diambil untuk memupuk notifikasi demam denggi dengan lebih awal dan cekap.
''Notifikasi tersebut boleh dinaik taraf dengan menggunakan Internet, iaitu dengan laman web e-notifikasi jika kemudahan ini terdapat di Kementerian Kesihatan.
''Data yang lebih canggih boleh mempercepatkan tindakan dan siasatan Kementerian Kesihatan, bagi mencegah demam denggi,'' katanya.
Harian Metro has also commented on our stance (12 Jun 2009):
http://www.hmetro.com.my/ Pesakit sekat maklumat
KUALA LUMPUR: Halangan komunikasi di antara doktor swasta dan pejabat kesihatan daerah, serta kos rawatan pemeriksaan demam denggi yang tinggi didapati antara punca kegagalan aktiviti pencegahan wabak itu di negara ini.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengakui terdapat kelemahan dalam penyaluran maklumat mengenai kes denggi oleh doktor swasta kepada Jabatan Kesihatan seperti yang dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam laporan akhbar semalam.
Bagaimanapun, persatuan yang mempunyai lebih 8,000 keahlian itu mengatakan ia berlaku bukan disebabkan doktor enggan membuat laporan berkenaan.
Sebaliknya, kata Presiden MMA Dr David Quek Kwang Leng, terdapat pesakit yang tidak membuat pemeriksaan denggi disebabkan kos mahal.
“Ada pesakit yang demam datang kepada doktor (swasta) dan kemudian dinasihat untuk membuat pemeriksaan denggi tetapi mereka enggan.
“Masalah menjadi lebih rumit apabila pesakit berkenaan pergi pula mendapatkan rawatan demam biasa daripada doktor di klinik lain selepas mendapati demam mereka berpanjangan.
“Ia untuk mengelak daripada dirawat sebagai pesakit denggi sebab kos tadi. Padahal rekod awalnya berada dalam tangan doktor yang mula-mula pesakit itu temui. Namun perkara sama (enggan dirawat pesakit denggi) tetap berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Namun, Dr David tidak menyatakan kos rawatan pemeriksaan demam denggi di klinik atau hospital swasta.
Harian Metro semalam melaporkan mengenai kekecewaan Dr Ismail berikutan sikap pengamal perubatan gagal memaklumkan kes denggi kepada pejabat kesihatan hingga menyumbang kesukaran pihak jabatan melaksanakan aktiviti pencegahan denggi.
Laporan memetik, Dr Ismail turut meluahkan rasa tidak puas hati berikutan hanya sembilan peratus daripada 21,707 kes yang dilaporkan sepanjang tahun ini dimaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah terutama oleh klinik primer (swasta).
Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia (Pcdom), Dr Molly Cheah pula berkata halangan komunikasi antara doktor dengan Jabatan Kesihatan bukan perkara baru.
“Masalah penyaluran maklumat ini adalah kesinambungan yang berlaku lebih 30 tahun lalu sejak saya mula bekerja sebagai doktor.
“Apabila doktor cuba menghubungi jabatan, kerap terjadi talian sibuk. Justeru, saya cadangkan pengamal perubatan (doktor) dan jabatan mengadakan pertemuan mencari titik penyelesaian masalah komunikasi,” katanya.
Menurutnya, dalam pertemuan itu kelak mungkin timbul beberapa cadangan dan idea boleh dilaksanakan termasuk mewujudkan hotline khas untuk demam denggi.
4 comments:
I am sorry. I feel this statement would be better understood if written in English.
Sorry about that, my future postings will be in English!
But the gist of the article's content:
1. The MMA welcomes the statement by the DG of Health sharing his concern on the recent resurgence of the dengue epidemic. Dengue fever in its early presentation is often just like many viral fevers, its symptoms include high fever, joint aches and pains, skin rash, which mimic many common viral fevers.
2. Furthermore, patients often are not keen or would not like to be over-investigated, there is that cost of testing to consider, which many patients may not agree to, or can ill afford. Also how many patients would we need to test just based on the dengue possibility? Testing for viral infections is not cheap (cheapest discounted private lab at least RM40-50 for DHF alone). Most viral infections are self-limiting, and usually settle on their own after a few days to one week or two.
3. However, patients doctor-hop: after a day or two if they are not better, many hop on to another doctor-- thus, no continuity of care, and finally when they become very ill, they may then need admission and are often in extremis, suffer shock or bleeding, even die...
4. Doctors are aware and most are conversant with dengue fever, but many cannot conclusively diagnose dengue unless proven by tests or low platelets--even then, many patients still refuse admission, even on strong advise. Even in public hospitals, we have had patients complaining that when their platelet counts are considered not low enough, they might not be admitted, and hence some delay also occurs...
5. Doctors are not the cause of dengue fever, it's the environmental factors and mosquito breeding sites which have never been adequately addressed by different authorities, that have failed by having different jurisdictions and failure to coordinate their preventive efforts...
6. Don't simply blame doctors for the dengue epidemic, most if not all are fully aware of the disease and its presentation and risks of bleeding, doctors are not careless, irresponsible or simply incompetent as implied by the MOH.
7. While we support the efforts of the MOH to encourage better notification and treatment of the dengue scourge, we must also encourage greater efforts to improve notification: there have been complaints of barriers to telephone queries, forms etc. E-notification is probably the way to go in the future, if the MOH is ready...
8. We support every effort to eradicate the scourge of dengue and its cause, the Aedes mosquito, but we will all need to cooperate and coordinate our efforts in more concerted and determined manner with greater will and surer policy.
Cheers
David
Post a Comment